Friday, December 10, 2010

Resepi untuk si manja

Posted by Sharifah Aida at 2:33 PM


Resepi masakan kentang
1 biji kentang saiz kecil
1 keping keju
2 pokok kecil brokoli
2-3 sudi air suam/ susu ibu/susu formula

Cara membuatnya:
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk
Rebus brokoli hingga masak
Siat kulit kentang untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar
Masukkan ke semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus


Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebus beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang / ikan bilis
1 helai daun saderi
secawan air

Cara membuatnya :
Jika menggunakan ikan bilis, ikan bilis hendaklah direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis bersama air dengan api kecil selama 5 minit.
setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus.
jerang sebentar hingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur


Resepi Kentang+Lobak+Pis Bersusu
1/4 biji kentang siz sederhaha (potong dadu)
1 sudu lobak merah (potong dadu)
1 sudu kacang pis beku
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula

Cara membuatnya
Masukkan air, lobak merah dan ketang dal periuk.
Masak api kecil sehingga empuk. setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak selama 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Lenyekkan bayi bayi 8-11 bulan atau blend untuk byi 6-8 bulan.


Bubur Tauhu+Brokoli+lobak+ayam (8 bulan keatas)
Bahan-bahan
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 kping dada ayam (potong dadu)
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya:
masak semua bhan tersebut
lenyek atau kisarkan


Bubur nasi+kurma (sesuai untuk 8 bulan keatas)
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang biji

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dalam bahan pengisar
Kisar hingga halus


Bubur Nasi+ikan merah+Lobak (sesuai 8 bulan keatas)
3 sudu nasi yang baru dimasak
sekeping ikan merah (pastikan tanpa tulang)
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah (dipotong dadu)
1 tangkai daun sup yng dicincang halus
1 cawan air

cara-caranya
masukkan kesemua bahan ke dalam periuk (kecuali daun sup)
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecilkan api dan biar sehingg lobak merah lembut dan ikan masak
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi
Kisar halus


Sup kobis bunga+kentang (sesuai 8 bulan keatas)
bahan-bahannya:
1/4 cawan kobis bunga (potong kecil)
1 biji kentang saiz sederhana (potong dadu)
5 ekor ikan bilis (tumbuk halus)
5 cawan air

Cara-caranya
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak api besar
setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk.
Masak lagi selama 20 minit.
Kisar halus


Bubur Nasi
Bahan-bahan
masak bubur seperti bisa bersama kntang dan lobak.
masukkan semuanya sekali
Ikan bilis digoreng dan ditumbuk halus
Taburkan ikn bilis ditumbuk tadi atas bubur


Bubur nasi+kentang
Bahan-bahan
beras beberapa sudu
1/2 kentang (diptong dadu)
air

Cara membuat
Rebus sampai menjdi bubur
Blend bubur dan tapis hingga menjadi halus


Puree Pisang
bahan-bahan
Pisang yang telah masak ranum (potong halus)
air untuk merebus
Didihkan air bersama pisang biarkan beberapa minit/pisang menjadi lembik
Blend puree dan tapiskan


Bubur nasi+kacang hijau
1 genggam beras
1 genggam kacang hijau
3 cawan air
1 biji telur ayam
sehiris labu kuning
seranting daun bayam
sedikit garam

cara-cara
Kacang hijau direbus hingga empuk dan masukkan beras
Labu kuning dipotong dadu
Daun bayam dihiris halus
apabila beras dan kacang sudah kembang, masukkan labu hingga empuk.
masukkan garam, pecahkan telur,masukkan daun bayam dan kacau hingga masak.


Bubur nasi + Ikan
1 genggam beras
sedikit kangkung
ikan
sedikit garam

Cara membuatnya:-
beras hendaklah dimasaak hingga kembang, kemudian dilecek dengan sudu dalam tapis yang jarang. Begitu juga daun kangkung direbus dan dilecek. Ikan direbus kemudian dibuang tulangnya. Lepas itu digaul dengan nasi dan kangkung yang sudah dilecek tadi.


Avocado & papaya Puree
Bahan²nya
Sebiji avocado
1/2 betik manis dan masak
sedikit perahan limau nipis/kasturi/lemon. (setitis dua sahaja)

Cara membuat:-
Cuci bersih dan rendam seminit dua dalama ir garam
Cuci lagi dan kupas kulit avocado
lecekkan isinya dengan garfu hingga menjadi paste
lecekkan melalui penapis yang bersih
masukkan setitis perahan limau untuk mengelakkan avocado menjadi browning
Ketepikan
Kupas kulit betik, buang biji, ambil isinya.
Lecekkan melalui penapis
Campurkan bersama² dengan avocado puree tadi
masukkan ke dalam mangkuk


Strawberry and honey Dew Puree
bahan²nya
Sepotong sederhana honey dew
6 biji strawberry

Cara membuatnya
Basuh hingga bersih semua buah
Kupas kulit dan buang biji honey dew
Lecekkan melalu penapis
ketepikan dalam mangkuk
Buang tangkai strawberry
lecekkan melalui penapis
Campurkan kedalam lecekkan strawberry itu.


Puri brokoli (5-7 bulan)
sepokok brokoli yang sederhana
Air masak secukupnya

Cara membuatnya:--
Potong kecil brokoli dan bersihkan
Untuk melembutkan, boleh rebus atau kukus sebentar
Setelah lembut kisar brokoli dengan sedikit air masak hingga hancur


Fruit Puree
Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut antara 1-2 minit.
Lenyyekkan dan blenderkan
Buat permulaan, bagi bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja. Tambaha sedikit demi sedikit setiap hari.


Bubur nasi bersama Carrot
2-3 cawan air
1/2 cawan beras
2 batang carrot sederhana
Air dan nasi dimasak hingga lembik

Cara membuatnya:-
kukus dan kisar sebatang carrot
Sebatang lagi kisar dan ambil jusnya.
Campurkan nasi yang telah dimasak hingga lembik dengan carrot yang dikisar
Campur jus carrot hingga sebati


Notes
  1. Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan adalah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tiadaserat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu.

  2. Beri bayi 1 jenis buah atau 1 tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.

  3. Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch antara 11.30-12.30 tghari). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner antara 5.30 - 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.

1 comments:

EffaCollections on April 04, 2012 4:23 PM said...

nice recipe..will try sooner.hehe..jemput ke fb kami..pelbagai koleksi pakaian si manja anda..semua canteq2 dan murah..jaminan dari kami utk anda =))http://www.facebook.com/pages/effa-collection1/208049975968831

Post a Comment

 

♥♥ WaRnA wArNi pELanGi ♥♥ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez