Sunday, June 10, 2012

GiveAway Happy Birthday Aidid

Posted by Sharifah Aida at 11:59 PM 1 comments
Tahun ni lambat skit yer, tuan rumah dan tuan tanah memang bz manjang. Arghhh bestnyer kalo dapat bantal time ni. Blog pon dah lama tak update tup tup buah GA, hahaha.

Sempena menyambut birthday AIDID yang ke-2 pada 26 May 2012 ini, aida nak buat GA lagi untuk kawan² sume.. Kawan² yang nak join, boleh la yer..



SYARAT-SYARAT:- 
1. Menjadi follower blog ini.
2. Create 1 entry bertajuk "GA Happy Birthday Aidid".
3. Bagi sedikit ucapan hari lahir sekurang-kurangnya 2 ayat sahaja.
4. Terbuka pada semua yang beralamat di Malaysia.
5. Copy paste pic kat atas & letak kat sidebar kawan² beserta link terus ke entry ini.
6. Tinggalkan link entry anda di ruangan comment ini.

Bermula 24 May - 10 Jun 2012 (jam 11:59pm)
3 Hadiah menarik menanti anda. (Tempat ke2 & ke3, Insyaallah hadiah akan diupdate nanti).

Hadiah Tempat Pertama (Chiffon 3 Layer)

Saturday, April 21, 2012

Nasi Minyak Hujan Panasss...

Posted by Sharifah Aida at 10:34 PM 0 comments
Hari ni mau ubah selera skit, jam 12pm, masuk dapur then terus bersilat. Asben terus tanye nak masak ape tu..? Nasi minyak bang, blh..? Tersengeh la wahai putera hati. Bab makan tak menolak, bedal aje. So tersipu² la senduk n periuk di dapur sambil ditemani cik puan puteri.

Sepanjang di dapur aidid bersama abahnya bermain² anak. Layan je la abahnye, si anak yang semakin mau   mencari perhatian.

Taraaaa... ini dia nasi Minyak Hujan Panas air tangan si isteri. Dah jadi hujan berembun nampak gayanye.


Sedang anakanda enak tido, ummi dan abah makan tak hengat dunia maklumla, kedua² tengah kebulur. Esok mau bikin apa plak..? Tetiba teringat homemade.. Masyaallah dah lama sangat tak terjah dapur bikin cake, kuih, homemade dll.. Tak bleh jadi ni, bile mau start..?? Arghhh sangat² takde mood nak membkin skang ni.

Seperti biasa, petang kami bertiga kuar jalan². Isteri yang sentiasa mahu jenjalan, tensen tuan syed agaknye. :p


♥ ♥  k e l u a r g a . b a h g i a ♥ ♥ 

Friday, April 20, 2012

Jom Sihat...!!!

Posted by Sharifah Aida at 9:35 AM 0 comments
Hari ini aida nak share ngan kawan² pasal 1 benda. Mengenai makanan² sunnah nabi kita Rasulullah s.a.w. Antaranya ada 4 iaitu Minyak Zaitun (Olive oil), Cuka Kurma (Dates Vinegar), Madu dan juga semakin popular skang, Prebiotic Semulajadi (Al Manna). Semoga kita sama² dapat mengamalkannya.



MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

Khasiat
  1. Memberi kesuburan kulit wajah
  2. Membantu mencegah keracunan
  3. Membantu penghadaman
  4. Menyingkir parasit pada usus
  5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
  6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi
  7. Mengandungi bahan anti penuaan
  8. Membantu menguatkan tenaga batin
  9. Membantu mengatasi kesan melecur
  10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit
  11. Membantu melegakan athritis dan sciatica
  12. Membantu menjauhkan kanser usus

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.


CUKA KURMA
Khal adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Cuka(khal) kurma berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit yang digeruni seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung.

Kandungan cuka kurma : Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat :
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-

  1. Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
  2. Membuang darah kotor & melancar aliran darah
  3. Mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
  4. Melancarkan pergerakan usus
  5. Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
  6. Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
  7. Menurunkan tahap kolesterol
  8. Mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
  9. Membakar kalori dgn cepat
  10. Membuang toksin
  11. Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
  12. Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
  13. Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
  14. Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
  15. Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
  16. Melancarkan pengeluaran susu ibu
  17. Melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
  18. Memperbaiki fungsi limpa
  19. Menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan


MADU
  1. Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  2. Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  3. Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  4. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  5. Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  6. Sumber laxative yang natural dan lembut
  7. Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  8. Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

PREBIOTIC SEMULAJADI (AL MANNA)
Serbuk eksklusif prebiotic ini dihasilkan daripada Acacia Senegal dan Acacia Seyal yang hanya tumbuh di utara Sudan. Merupakan makanan kepada bakteria baik (probiotik) di dalam sistem penghadaman.

Khasiatnya:-
1. Sembelit hilang
2. Najis lembut dan tidak berbau /atau hampir tiada bau
3. Badan bertenaga
4. Buang angin tidak berbau
5. Kulit menjadi sihat
6. Rambut menjadi sihat
7. Gout hilang
8. Pesakit buah pinggang berhenti dari dialysis
9. Merawat gastrik dan pelbagai lagi .
10. Mengurangkan berat badan (weight management)


Koleksi Sabda Nabi Muhammad s.a.w

“Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar bagi manusia”, (An-Nahl:69).

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Kitab Perubatan Nabi oleh Muhsin Aqil Darul Majah Al-Baida, Beirut 1420H, m/s 61: "Celupan yang paling disukai rasulullah SAW ialah KHAL.

Bersabda Rasulullah SAW: "Makanlah oleh kamu KHAL, kerana ia dapat membunuh bakteria-bakteria dalam perut".

"Makan Minyak Zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci". Diriwayatkan oleh Hazrat Sayyed Al-Ansari

"Ada minyak zaitun, makanlah, urutlah seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir". Diriwayatkan oleh Hazrat Al-Qama bin Amir

Nabi Muhammad bersabda " Makanlah minyak zaitun dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati". (hadis riwayat at-tirmidzi dan ibnu majah.

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh

Wallahuallam...

Monday, April 16, 2012

CheckUp : 23 Month Child Development

Posted by Sharifah Aida at 9:13 PM 0 comments
Sepatutnya Appoinment pada 1 Feb yang lalu. Tetapi ummi tersilap tengok date, pergi 2 Feb. So mintak maaf banyak² la, sah² kena reject. Ummi abah pulang hampa. Appoinment seterusnya 12 Februari tapi ummi abah tengok KK macam dah jadi pasar borong, penuh diserbu. Ummi abah tak sanggup tunggu kerana ade banyak kerja yang perlu dibereskan di opis. 

Abah sempat snap time ummi muncung 16.. Apsal laa lame sangat ni..???


Mereka masih boleh berseronok.

So Appointment ke-3 baru btul² menjadi. 16 April, kami ke KK pagi tu tepat jam 8.00pagi. Penuh semangat memandangkan dah agak lama tak jenguk klinik. Nurse Sharul Norain bt Radzali telah memeriksa kesihatan anakanda ummi. Kesihatan aidid hari ni alhamdulillah, tiada masalah, semua dalam keadaan OK. Injection dah tiada lagi.

So ubat cacing pun tak perlu amik lagi, coz bulan lepas kami dah amik di klinik An-Nisa memandangkan masa tu kami risau bila melihat aidid tiada selera makan. My mom n neber² pon suggest try bagi ubat cacing. 6 bulan lagi, baru boleh ambil ubat cacing lagi okey.!! Ingat tu.. Dah jadi mak kenalah tau semua tu hokey..!


o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o 
 Berat badan ~10.2kg 
Tinggi ~ 82.6cm 
 o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o

Next Appoinment : 25 Julai 2012 (Rabu) ~ dah puasa masa ni, semoga kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan, amin.


Saturday, April 14, 2012

Chicken Rice Lagi...

Posted by Sharifah Aida at 9:31 PM 0 comments
14 April : Nasi ayam lagi... Itu je yang boleh diperkatakan. Kalo anakanda tido, bolehla bersilat lama skit skit kat dapur. Alhamdulillah, kenyang sudah menikmati Chicken Rice Aida's Corner bersama encik suami yang makan abis licin. Sedap hingga menjilat jari gitu.. Hahaha (Gelak jahat).




Wednesday, April 11, 2012

h o m e . s w e e t . h o m e

Posted by Sharifah Aida at 10:15 PM 1 comments
11 April 2012 diisytiharkan sebagai cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, maka pada 11 April 2012 seluruh negara akan bercuti. Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepsan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

So hari ni bersenang lenang kami bermain² dengan anak tersayang. Pagi² prepare untuk "Nasi Lemak Sambal Ummi Aidid". Si abah apa lagi, tersengeh sepanjang tahun la bila dihidangkan nasi lemak ni. Hehehe.

Haaa ini die hidangan breakfast kami hari cuti² ini. Kami bukan orang jowo tau. Hihi tapi inilah cara hidanganku bila membuat nasi lemak. Usah cakap pelik tp dah menjadi kebiasaan pada kami cuma mungkin agak pelek di mata mereka. Licin ok. :D

Tuesday, April 10, 2012

Solat

Posted by Sharifah Aida at 9:45 PM 2 comments
Dah lama nak bukak entry pasal ni tapi asyik tertangguh je. So ari ni si ibu cuba tunaikan jugak ape yang telah dilakukan si anak sejak bulan Nov tahun lepas. Ini berlarutan sehingga hari ini.

Ceritanya begini, ada satu hari tu bila kami selesai saja solat time magrib, si anak mesti melakukan sesuatu reaksi yang agak pelik di mata kami. Sumpah kami tak perasan pada mula kejadian. Lastly dua tiga hari lepas tu, i baru selesai solat magrib, terus didatangi anak dari arah belakang.

Dia bawa sehelai alas meja kecil yang i letak tepi tempat solat kami. Dibentang kat tepi i solat ni, then tertonggek² die buat sendiri. Aididdddddd....!!!!!!!!!!! I yang tengah melipat telekung sembahyang tu terus dapatkan anak, dipeluk erat² dan cium dengan penuh kaseh sayang. Menitis airmata i time tu.

Alhamdulillah, anak ummi dah pandai.. Nak solat yer sayang..? Aidid kecik lagi, tapi takpe boleh jer..

video

video

Esok harinya, kami keluar bertiga dan beli sehelai sejadah mini untuk anak kecil. Moga anak ummi dan abah jadi anak yang soleh satu hari nanti yer sayang. Solat tiang agama dan buatlah selagi terdaya sampai hujung nyawa skalipun, Insya-Allah.

Dan lepas tu pula juga agak memeranjatkan ummi bila selesai mandikan aidid kat bilik air, dia berkejar ke paip. Dihulurnya tangan dan gosok² kat lengan. Dia angkat 1 kaki untuk gosok kaki pula. Masyaallah. Aidid dah pandai nak amik air sembahyang plak dah. Anak ummi dah beshaaarrr... Senyuman terukir oleh seorang ibu dibilik air tu.

Bukan kami ajar pon, tapi dengan penglihatan sahaja, anak² skang dah pandai mengikut. Kata abahnya, aidid pernah tengok skali die amik wudhu. Skali sahaja.


Indahnya ciptaan Tuhan. Aku bersyukur Ya-Allah... :'(


Moral disini ~ Sila jaga perbuatan mahupun percakapan dengan anak kecil, mereka sudah dan mula belajar untuk faham.

Mangsa Pertama

Posted by Sharifah Aida at 9:32 AM 0 comments
Mangsa pertama sepanjang aidid dilahirkan adalah ini. Pinggan ini dah arwah semalam. Nak menangis tak guna, kuar airmata darah skalipon xkan bercantum balik pinggan tu. Yang penting sabar.

Nasib baik aidid tak apa²

Kisahnya semalam, seperti biasa letak je handbag balik keje terus masuk dapur. Plan ari ni nak masak Asam Pedas Ikan Kerisi. Tung Tang kat dapur, akhirnya melewati jam 6.45pm semua dah terhidang. Pinggan sume dah tersusun atas meja cuma menunggu kepulangan suami saja. Nescafe ais pon dah tersedia, tunggu nak hirup je. Dahaga btul ari ni, isk tunggu en. suami pulang dulu.

Tetiba aidid merengek nak vitagen die, i ke freeze tengok aidid dah mencapai gelas atas meja terus pinggan terhempas. Nak marah pon tak guna, tp tetiba mengalir airmata ni. Sabar.

Anak mengerti barangkali ummi die tengah marah, then terdiam. Lepas tu terus merajuk then terlelap depan tv. Kesian pulak.


Jam melewati 7.20pm, si anak dah lena. Encik suami blom lagi sampai. Dalam hati dah mcm² fikir. Masyaallah. Biasa paling lewat pon 7.10pm. Isteri sesekali menginati di jendela. 7.30 pm masih belum pulang. Yaallah selamatkan la suamiku. Airmata dah terjurai² jatuh. Eeee buat malo jer. Tapi itulah realiti petang kejadian.

I cuba menenangkan hati walaupun mcm² dah berlegar dalam kepala ni. So, i buat keputusan pergi basahi dengan wudhu dulu. Kasi sejuk sikit. Tengah² ambil wudhu kedengaran enjin kudanya. Alhamdulillah ucapku dalam hati. Terus bukak kan pintu menyambut kepulangan dengan harapan moga² tiada apa yang berlaku.

Terus si suami tersenyum (agaknya die tau isteri die ni camne). Terus je die menjawab xde apa laaaaa. Dah agak dah mesti risau ni kan??. Mau tak risau call xdapat, I terus la cakap, benti la kat mane² public fon call btau sekejap dah kalo bateri weak. (Lain kali belilah bateri andida.. tahan lamaaaaaa, hahahah) Rupanya bukan kemana pon, singgah poslaju tadi kebetulan ramai plak orang. Ringkas saja jawapan bagi orang lelaki. I dah mencebik 16inci dah. Sabar je la.

Pagi tadi nak pergi keje sempat lagi pesan, kalo balik lambat btau la.. Senyum je die balas. Lelaki oh lelaki...
 

♥♥ WaRnA wArNi pELanGi ♥♥ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez